I believe in Karma, because they go around. AROUND.

28 July 2011

Good Night #5

People! check this video out! HAHA. really made my day! oleh kerana ketakutan tengok bola, aku you tubing tadi. jumpe video ni. adik gua perkenalkan.
Meh tengok jom!


 Never Say No To Panda! comel boleh? HAHA.


Nora Nadira : dah half Harimau tak score lagi. tuka panda nak?

Harimau Malaya

Well, agak terlambat aku nak post entry ni. harimau tengah mengaum tu kat padang. HAHA. tp aku googling tadi, jumpe gambar cun, smart, tertawan aku. aihh. pikir suami orang je ni. lu check it out!

*auuuwww, sexayyyy!

aku dengar hot fm tadi. bekali kali main lagu ultras malaya tu. suke dow! aku you tubing tapi cam tak de je, ade sape sape ade link? gua nak.

BTW, semoga berjaya harimau malaya bergaya! jangan layan qiu li gemoks tu. *gemok tapi die fit weh. comel je aku tgk perut die lari lari sekali. HAHA. auuuummmmmmmmmmmm! shirt on! pompuan jangan buat eh. HAHA.


Nora Nadira : lame lame googling ngn you tubing masuk dlm oxford kan. macam OMG tu. HEHE.

27 July 2011

Good Night #4



And when you let me go
Remember
I will turn back
Not to be with you
But to show you
I'm fine

And I will miss you, baby.

Perangai #3

Al kisah, pagi tadi aku bejalan dari station KLCC cam biase. singgah beli nasik lemak mak cik kejap. eh bukan nasik lemak mak cik eh kawan kawan berkepala biru. nasik lemak yang mak cik jual. HAHA. 

okay balik kisah aku pagi tadi. aku pun sampai kat opis aku, Hotel ABC. aku macam biase pepagi mesti kene ade senyum kat pak cik mak cik ABANG akak yang aku jumpe. well, tu pasal pipi aku membulat. ye BULAT. tapi tu bukan isu. ade effect ke senyum selalu dgn pipi membulat? akak opis aku kate ade. HAHA. eh eh, aku pun sampai depan opis. sementara aku bergosip ngn mak cik tu pasal member card day Sogo esok, ade lah minah ni kat opis sebelah. 

baru turun motor, bukak helmet. I was like "Mak aihh rambut kau! blonde habis weh!" tu aku ta kisah la kan. standed la wanita timur berangan jadi wanita barat. boo! aku usha je die ngn lelaki yang bawak motor tu. tah bofreng ke, husband ke, pak cik, abang aku tak tau. tapi cam biase, bersalaman each other. adat timur still ade even rambut blonde. ingat tu adik adik. tapi tak best nye, after salam dorang macam sesenyum, beborak, and then lelaki tu comolot ngn wanita tu! daaaa??? comolot kau! mumule kejap je. pastu second comolot lame jugak dalam 20 saat jugak! aku dah "ape kes ni??gua kat mane ni?mauritius island ke ape?" mak cik pak cik kat situ geleng kepale weh. tau lah rambut blonde nak blonde jiwa jugak ke kak? hadoi. sakit mate aku! malu!



kemon lah weh, ape kes kau nak comolot kat khalayak umum? bak kate omputih kan, Get a room dude! wah aku. duduk dlm room ape kau nak buat kau punye hal, kene bala pun bilik kau je kene. tak payah libatkan org lain. understand? yela, aku mmg teringin nak pegi over the sea. teringin gile! tapi tak payah buat mcm negara over the sea. bagi aku pegi dulu bleh?


Nora Nadira : Teringin nak main tulips kat over sea. Suami masa depan, bawak saya please.please.please.

26 July 2011

Good Night #3

Dulu, mase maxis ade service yang bleh main rakam rakam suara tu kan, ade lah strangers ni. a good stranger i guess. die suke hantar lagu lagu kat aku. rakam pastu send bagi aku dengar. tapi kami tak penah kenal each other. even name pun. lagu ni, die bagi aku time tu. tibe tibe tadi kat ofis aku rindu nak dengar. oh, ofis gua pakai unifi. lu ade? HAHA.

Now, dah lost contact dgn stranger tu. last yang aku tau, die nak gi stadi oversea. am not sure. where he is right now. Yes, HE.

Good Night Readers. *ade ke readers aku ni?haha.



Nora Nadira : is it a crime to fall in love with stranger? even for a while. he was there and make you smile.

Budi Pekerti Mulia

hai hai hai! almost 1 week aku tak update. bukan busy, bukan sibuk. tak kuase malas je. HAHA. banyak blog walking lately weh. gua mmg minat bace blog org. nak update blog tu payah siket. HEHE.

so, camni aku nak cite. sebagai pengguna public transport yang setia setiap hari, maka banyak lah kisah akan berkisar tentang public semata. and if you hate public transport as you-are-to-rich-sampai-geli-dgn-lrt boleh lah blah close je blog gua ni. wah emosi weh aku. ujung bulan kan. HAHA.

korang perasan tak? *pada yang naik train eh. kalau kat seat tu ade letak gambar yang tulis " Bagi keutamaan pada yang mengandung, yang kurang upaya, bla bla " *aku try google symbol tu tak de pulak. aku harap yang tak naik public transport tu paham. kalau tak, try naik skali eh. and well, rakyat Malaysia mmg baik baik sume weh. sepanjang aku naik tren kan, kalau ade wanita pregnant, org bute, ade je yang bagi duduk. baik tak? lagi lagi kaum Adam, nampak gentleman je bgn bg wanita duduk. auuuw. i like!

nak jadikan cite, aku mcm biase naik tren, dgr mp3, pastu nap jap kan. lelap lelap manje mate gitu. kat sebelah aku ade akak ni, bace novel. pastu sampai kat station Jelatek, ade lah akak ni masuk dgn kawan die. aku dah usha dah dan bermonolog dlm hati, "Eh, akak ni pregnant ke? nak bg duduk ke tak". belum sempat aku decide, akak sebelah aku dgn pantas bgn and ckp "Akak yang pregnant tu meh la duduk". pastu akak tadi tu dgn muke garang die, geleng2. siap nak marah2. akak yang bagi duduk ni cam blur. pahal akak ni tak nak duduk kan? aku pun pelik. jap gi member die gelak2. cakap kat akan yang nak bagi duduk tu, "Err, die tak pregnant, thanks". DANG! weh tak pregnant, tp perut akak tu mcm pregnant! siyes weh! haish. korang pikir la eh. kalau tak pregnant kan? tapi org nampak cam pregnant, maka, akak tu maybe nampak buncit berisi kot. aku buat buat tak dengar je. kesian kat akak bace novel yang nak bg duduk ni. tak pasal pasal kene jeling, marah marah kat dlm tren tu. aku kompius ni. nak gelak ke ape. gelak macam kejam. tak gelak kang? kemon weh! tak de sense of humor ke korang ni? hadoi. gelak siket bleh ke? HAHAHHAHA!

susahkan? nak buat baik tapi orang salah anggap. aku pun kengkadang ragu ragu je. nak bagi duduk ke tak? buatnye die tak pregnant kan, mmg fizikal camtu. kang tak pasal pasal akak tu malu ke. aku kene hambat ke. tak sampai opis aku kang. serba salah la nak baik baik ngn orang ni. nak baik tapi org kang slh anggap. buat jahat lagi tak baik dow! korang kalau nak bg duduk, tgk betul betul eh. akak akak pun jgn la sensitif. HEHE. org dah bg duduk tu, akak duduk je. tak pregnant pun tak pe kot. err, suke suke aku je!


*Style dow AJ, dgn anak anak die. nak jadi Hot mama jugak!

P/S I love you: gambar tak de kene mengene ngn topik. blog aku, suke aku, HAHA.


Nora Nadira : Aku nak 4 orang je anak please bakal suami ku sayang. tak de pasukan futsal mahupun football, ape lagi basket ball.

19 July 2011

Kawan Selamanya.

"I'm gonna remember you, you gonna remember me" - Paula Deanda, Walkaway.
Ringtone henfon aku bunyi.
tau sgt dah sape call, Sharq.
aku angkat.

Nora : Hello, assalamualaikum. hah nak ape?
Sharq : Waalaikumussalam. weh, bile balik kl ni?
Nora : ape kes kau? tak tau lg. apsal?
Sharq : hm, nak jumpe kau.
Nora : rindu ke?
Sharq : sangat. weh, aku break off ngn lia.
Nora : (diam)
Sharq : kau dgr tak?
Nora : eh sorry. what on earth did I heard just now. haha. ape kau ckp tadi?
Sharq : I broke up with lia.
Nora : what??
Sharq : yes Nora. kau tak dgr bende tipu. I did broke up dgn lia.
Nora : dah kenape kau ni? again? why?
Sharq : tah. hm, nak jumpe kau.
Nora : hm, takleh la. kau baru broke up ngn lia. jumpe aku. nanti die marah pulak. lia tak suke aku.
Sharq : marah? sbab ape? sbb aku suke kau? yes! aku mmg suke kau! kau tau kan? and guess what?die bukan kapel dgn another boy. she is married nora! married tau? die punye hati kat org lain. you know what nora? aku rase karma tgh goes around. around me! aku ade hati dgn kau betaun! now Allah balas balik kat aku. see?? aku kau, die n laki tu. those are payment for me. sbb selame aku ade hati ngn kau, aku berusaha untuk deny. and now? die punye hati rupenye dgn org lain. *he is sobbing.
Nora : sharq, dah lah. aku tak nak dgr lah pasal tu. aku...
Sharq : ape? aku ade hati ngn kau.it's true. lame dah nora.
Nora : dah sharq. enuff.
Sharq : hm, jumaat ni balik kl please. aku pick up kau kat johor at 6pm. take care. i miss u.
Nora : eh sharq!
call end.


aku send sms kat sharq :
Sharq, sorry. aku anggap kau kawan, tak penah lebih. i just can't. sorry. take care.

Sharq reply :
Aku tau. aku faham. aku tak kacau dah. aku pegi jauh dr kau. take care nora. i love you. i do.

aku tak contact sharq after tu. bertaun. langsung. sampai aku dpt berita yang buat aku menyesal sbb tinggalkan die. dlm mase die tgh perlukan aku. maafkan saya makcik, maafkan aku Sharq.


Nora Nadira : it's been 3 years since Sharq left us, forever. Al- Fatihah.

18 July 2011

Good Night #2

Aku tak pandai sgt nak express feelings ni. jiwang jauh skali. tapi lagu ni mcm fit sgt dgn aku. i mean, with this one song, it describe all, that i want to share with uols and YOU.








Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya
Good Night People,
May tomorrow will be much better than today.

Loves and Hugs,
Nora Nadira


Nora Nadira : nak jugak tulis xoxo. comel kan? okei.