I believe in Karma, because they go around. AROUND.
Showing posts with label Catatan bukan Ejekan. Show all posts
Showing posts with label Catatan bukan Ejekan. Show all posts

26 July 2011

Budi Pekerti Mulia

hai hai hai! almost 1 week aku tak update. bukan busy, bukan sibuk. tak kuase malas je. HAHA. banyak blog walking lately weh. gua mmg minat bace blog org. nak update blog tu payah siket. HEHE.

so, camni aku nak cite. sebagai pengguna public transport yang setia setiap hari, maka banyak lah kisah akan berkisar tentang public semata. and if you hate public transport as you-are-to-rich-sampai-geli-dgn-lrt boleh lah blah close je blog gua ni. wah emosi weh aku. ujung bulan kan. HAHA.

korang perasan tak? *pada yang naik train eh. kalau kat seat tu ade letak gambar yang tulis " Bagi keutamaan pada yang mengandung, yang kurang upaya, bla bla " *aku try google symbol tu tak de pulak. aku harap yang tak naik public transport tu paham. kalau tak, try naik skali eh. and well, rakyat Malaysia mmg baik baik sume weh. sepanjang aku naik tren kan, kalau ade wanita pregnant, org bute, ade je yang bagi duduk. baik tak? lagi lagi kaum Adam, nampak gentleman je bgn bg wanita duduk. auuuw. i like!

nak jadikan cite, aku mcm biase naik tren, dgr mp3, pastu nap jap kan. lelap lelap manje mate gitu. kat sebelah aku ade akak ni, bace novel. pastu sampai kat station Jelatek, ade lah akak ni masuk dgn kawan die. aku dah usha dah dan bermonolog dlm hati, "Eh, akak ni pregnant ke? nak bg duduk ke tak". belum sempat aku decide, akak sebelah aku dgn pantas bgn and ckp "Akak yang pregnant tu meh la duduk". pastu akak tadi tu dgn muke garang die, geleng2. siap nak marah2. akak yang bagi duduk ni cam blur. pahal akak ni tak nak duduk kan? aku pun pelik. jap gi member die gelak2. cakap kat akan yang nak bagi duduk tu, "Err, die tak pregnant, thanks". DANG! weh tak pregnant, tp perut akak tu mcm pregnant! siyes weh! haish. korang pikir la eh. kalau tak pregnant kan? tapi org nampak cam pregnant, maka, akak tu maybe nampak buncit berisi kot. aku buat buat tak dengar je. kesian kat akak bace novel yang nak bg duduk ni. tak pasal pasal kene jeling, marah marah kat dlm tren tu. aku kompius ni. nak gelak ke ape. gelak macam kejam. tak gelak kang? kemon weh! tak de sense of humor ke korang ni? hadoi. gelak siket bleh ke? HAHAHHAHA!

susahkan? nak buat baik tapi orang salah anggap. aku pun kengkadang ragu ragu je. nak bagi duduk ke tak? buatnye die tak pregnant kan, mmg fizikal camtu. kang tak pasal pasal akak tu malu ke. aku kene hambat ke. tak sampai opis aku kang. serba salah la nak baik baik ngn orang ni. nak baik tapi org kang slh anggap. buat jahat lagi tak baik dow! korang kalau nak bg duduk, tgk betul betul eh. akak akak pun jgn la sensitif. HEHE. org dah bg duduk tu, akak duduk je. tak pregnant pun tak pe kot. err, suke suke aku je!


*Style dow AJ, dgn anak anak die. nak jadi Hot mama jugak!

P/S I love you: gambar tak de kene mengene ngn topik. blog aku, suke aku, HAHA.


Nora Nadira : Aku nak 4 orang je anak please bakal suami ku sayang. tak de pasukan futsal mahupun football, ape lagi basket ball.

19 July 2011

Kawan Selamanya.

"I'm gonna remember you, you gonna remember me" - Paula Deanda, Walkaway.
Ringtone henfon aku bunyi.
tau sgt dah sape call, Sharq.
aku angkat.

Nora : Hello, assalamualaikum. hah nak ape?
Sharq : Waalaikumussalam. weh, bile balik kl ni?
Nora : ape kes kau? tak tau lg. apsal?
Sharq : hm, nak jumpe kau.
Nora : rindu ke?
Sharq : sangat. weh, aku break off ngn lia.
Nora : (diam)
Sharq : kau dgr tak?
Nora : eh sorry. what on earth did I heard just now. haha. ape kau ckp tadi?
Sharq : I broke up with lia.
Nora : what??
Sharq : yes Nora. kau tak dgr bende tipu. I did broke up dgn lia.
Nora : dah kenape kau ni? again? why?
Sharq : tah. hm, nak jumpe kau.
Nora : hm, takleh la. kau baru broke up ngn lia. jumpe aku. nanti die marah pulak. lia tak suke aku.
Sharq : marah? sbab ape? sbb aku suke kau? yes! aku mmg suke kau! kau tau kan? and guess what?die bukan kapel dgn another boy. she is married nora! married tau? die punye hati kat org lain. you know what nora? aku rase karma tgh goes around. around me! aku ade hati dgn kau betaun! now Allah balas balik kat aku. see?? aku kau, die n laki tu. those are payment for me. sbb selame aku ade hati ngn kau, aku berusaha untuk deny. and now? die punye hati rupenye dgn org lain. *he is sobbing.
Nora : sharq, dah lah. aku tak nak dgr lah pasal tu. aku...
Sharq : ape? aku ade hati ngn kau.it's true. lame dah nora.
Nora : dah sharq. enuff.
Sharq : hm, jumaat ni balik kl please. aku pick up kau kat johor at 6pm. take care. i miss u.
Nora : eh sharq!
call end.


aku send sms kat sharq :
Sharq, sorry. aku anggap kau kawan, tak penah lebih. i just can't. sorry. take care.

Sharq reply :
Aku tau. aku faham. aku tak kacau dah. aku pegi jauh dr kau. take care nora. i love you. i do.

aku tak contact sharq after tu. bertaun. langsung. sampai aku dpt berita yang buat aku menyesal sbb tinggalkan die. dlm mase die tgh perlukan aku. maafkan saya makcik, maafkan aku Sharq.


Nora Nadira : it's been 3 years since Sharq left us, forever. Al- Fatihah.

17 July 2011

Personality Problems

Happy Sunday Uols! :) Have a great weekend tak? HEHE. aku tak brape paham dgn sesuatu ni. dah menganalisa bende ni quite sometimes. and am not understand, still. 


kengkadan tu bace paper kan, ade lah retis ni cakap, 'Saya bukan penggoda' pehtu gambar? pakai dress pendek, eh lagi pendek lagi bagus, murah agaknye, maybe? pastu kat atas tak payah cakap lah senah oi. bukan stakat uruf V. W, X,Y,Z siap tu. aihhh. pastu nak tunduk2 tayang. posing mesti nak huruf S. imagine weh, huruf S. huruh S je! tak payah imagine lelebih. HAHA. ape jadah kau ni? headlines bukan penggoda, tapi gambar mcm pelacur  penggoda kelas atasan. aku confused betul. kau ade masalah personaliti ke hape kau ni? tak paham.

dah tu ade lagi, headlines die 'Saya tak suke di label seksi'. pastu gambar? nasib ni Malaysia. ade code of entertainment *ade ke der? HAHA. kalau tak lah kan, aku rase dressing dorang dlm gambar tu, mengamalkan tema 'Less is best'. sependek boleh. gile2 punye pendek. sume nak bukak kalau boleh. kalau tak boleh nak jugak je bukak. kan?

ape konsep tah aku tak tau. aku siyes tak paham. headlines bukan main nak denying lagi. konon baik. bukan lah nak hentam orang mcm aku baik. aku pun tak baik. tp well, at least public figure, kan? headlines baik2 bia lah gambar pun baik. pakai sopan2 tak slh ape?


Nora Nadira : Syaitan pun tunduk pada Allah, cuma dia tak tunduk pada Adam tu yang buat dia di buang syurga. Kalau kau, manusia, tak tunduk pada Allah? maka, kau fikirlah.

13 July 2011

Kenapa? Tak bolehkah?

pagi2 mmg rutin aku naik train ke tempat kerja practical. oleh kerana aku punye ofis di tengah kota, maka public transport lah menjadi teman aku seharian. nak driving p kl? ofis hour kau spend dlm kereta je la. HAHA.

okay, itu bukan topik. mmg habit org naik train ni kan, sama ada membaca, dgr mp3, tidur tak pun temenung pk mase depan. aku kalau telelap ni, nak turun station KLCC, kengkadang smpai ke KL Sentral weh! tak tipu! baik punye tido rupe ape tak tau, HAHAHA. pastu turun tuka train sebelah. sebab tu aku suke dgr lagu2 kat enfon cabuk aku ni. *eh tapi dgr lagu kengkadang telelap jugak. err, HEHE.

tadi, aku rasa rindu pulak kat LP - Linkin Park. dulu zaman-zaman muda aku *skarang mude jugak. hep! aku siap beli kaset die lah, ade poster. mase tu org tgh sibuk minat New Boyz kot. *aku siyes tak knal tomok tu sape. smpai lah taun lepas. kesian tak? mmg minat LP ni. die tak lah hard core sgt. rock die masih di terima oleh hati aku. mungkin sbab Chester yg putih dan hemsem tu.

*macam JT pulak aku tgk. hehe.

so, aku pun masuk kan lah lagu2 LP dlm playlist aku. lagu2 legend mcm In the End, Somewhere I Belong, Numb, Paper Cut, Point of Authority dan lenlain. dan aku pun dgr lah mase dlm train. sebelah aku ni ade makcik ni. sampai je lagu2 LP mulut aku otometik tekumat kamit nyanyi skali. HAHA. tapi slow2 beb. gile kau kuat2? buat Ajai dgr ke, Audi Mok ke, jadi retis aku kang. mak cik tu renung aku tajam *fokes ayat gua. haha. lame pulak tu. aku buat dek je. dlm hati aku, 'Kenapa? tak bolehkah?' slh ke aku dgr LP? bukan kuat pun. kan? pastu makcik tu geleng kpale. bukan aku dgr Black Metal punye genre. aku tak puja pape pun.

mungkin sbb aku bertudung. kot? sile jgn fikir negatif ye mak cik. jauhkan sifat itu ye. 



Nora Nadira : tiba2 nak dgr Incubus - Drive, sempena kedatangan mereka ke Malaysia 23 July ni. Welcome to Malaysia! haha.

12 July 2011

Asmaradana

Tempat public, tak payah kot nak beromen berasmara bergatalan sgt lah kan. aku tak paham betul lah. tgk dorang ni. tak malu ke? kat tempat public mcm dalam train ke, bus ke, shopping complex ke, nak berpelukan sakan mcm dah kawin. *eh org kawin pun tak gatal mcm tu kot. over! pfft! marah ni. HAHA. yang Laki ke Pompuan ke, same jek tahap kemiangan mereka.


tadi mase aku nak balik, naik train. 4 coach ni aku naik so agak lapang dan byk lah tempat aku bleh bersandar menghilangkan lelah *ayat novel. pastu mase kat 1 station, Ampang Park ni masuk lah sepasang burung cinta, omputih kate, Love Birds-lah kan. aku rase mcm lapang je dlm train tu. tapi nak jugak berkepit. ni bukan kepit jejauh eh. kepit tahap dekat nih! bergeselan bersentuhan satu sama lain. mata ni ramai melihat. budak skolah ade lagi. yang pompuan ni tau lah cun*iklas kan hatimu tapi bukan main lah daring. pegang2 tgn lah, peluk2 pinggang lah. rapay gile okeh? ta bleh blah. mak cik mak cik tgk geleng kpale je. pak cik pak cik? goyang perut weh.

ni second time bende ni dlm train sepanjang June *wah ikut bulan okey? HAHA. mase first tu, couple ni, si wanita bertudung lagi! malu lah kan. ramai kaum lagi tgk dlm tu. yang ni lagi rapat. boyfreng die peluk die, mcm lah ade gempa 88 skala ritcher. tak lepas2. ade baby kecik tu ckp kat mama die, 'Mummy, tgk akak tu. peluk2 mcm papa buat kat kite.' kuat plak tu. jujur. HAHA. bukan ade perasaan pun. bangge siap. lambai-lambai kat budak tu. eh tak de organ hati dlm badan ape kau?


dah, korang yang lain bile bace ni sile jgn amalkan lah bende-bende camni. tak elok weh. umum sgt. dah lah kau tak kawen. berasmaradana pulak kat tempat public. kang kalau ade lah manusia bengang tak puas hati dtg lempang kau, jgn tanye kenapa. HEHE. kot ye dah kawin, baru kawin, p balik umah cepat-cepat. kau nak begolek sakan dari atas ke bawah, ke belakang ke depan. boleh bah kalau khau. kat lua tak payah tayang sgt lah. Kemon-lah. bukan tontonan umum.

yang tak kawin lagi lah. kawin dulu ye dik. * wah aku mcm tue. okay okay, dik, kakak, abang.


Nora Nadira : pagi2 dgr ceramah kat IKIM.fm best pulak. tapi tu lah manusia, insaf kejap je. lemah aku ni. haih.

10 July 2011

Bersih tak bersih sgt lah.

Politik, bende paling lah i-am-not-really-into-please kat dlm Malaysia ni. tak berapa nk paham sgt la kan. baik ke buruk ke due2 pihak cam same je? pencadang ke pembangkang ke kan. like I care? *err, maap tok nenek cucu luah perasaan je

latest ni ade Bersih yang telah menimbulkan huru hara serta kebimbangan orang ramai *ayat BM kene jage. ni Malaysia punye hal ni bro! eh main main jangan main main. gua yang intern kat tgh KL *tetibe nak gua sbb baru tgk KL Gangster, feeling tak habis lg. rase angin je.jalan sane sini tutup. station LRT pun tutup. eh sume nak tutup lah kan! susah kot gua nak pegi balik keje. road block lagi. Kemon-lah. ape yang nak takut sgt wahai N bukan nama sebenar? kau nak sekat sane sini tutup sane sini apsal? Bersih tu tak lah kacau sgt. *kot? mule2 kan. bile dah tutup, sekat, tak bagi dorang buat kat stadium, mmg la jadi besar! *apakah? bagi je sudah. tak de lah dorang serang dari pelbagai arah. sources. ni aku kesian tgk, mcm2 hal jadi semalam. dengan pengantin jalan kaki, jemputan 200 org je? dr 1800? kesian tak?

aku tak nak sebelah mana2 pun. pencadang ke pembangkang. due2 apa pun tak bleh! HAHA.
kepada remaja yang mcm gua saya, mari kita dengar lagu ni. untuk pertahankan hak kita. hak apa? haktuih! bak kata Nabil yang dpt number 3 Maharaja Lawak tu *nak kene mention, wa suke. Lu Pikirlah Sendiri!




Layan lirik die, malas type, kat you tube siap ade dah hoi. jangan malas! HAHA.


Nora Nadira : aku bimbangkan dunia. dan aktiviti ku pada sabtu telah tergendala. CIS!