I believe in Karma, because they go around. AROUND.
Showing posts with label Sex. Show all posts
Showing posts with label Sex. Show all posts

27 July 2011

Perangai #3

Al kisah, pagi tadi aku bejalan dari station KLCC cam biase. singgah beli nasik lemak mak cik kejap. eh bukan nasik lemak mak cik eh kawan kawan berkepala biru. nasik lemak yang mak cik jual. HAHA. 

okay balik kisah aku pagi tadi. aku pun sampai kat opis aku, Hotel ABC. aku macam biase pepagi mesti kene ade senyum kat pak cik mak cik ABANG akak yang aku jumpe. well, tu pasal pipi aku membulat. ye BULAT. tapi tu bukan isu. ade effect ke senyum selalu dgn pipi membulat? akak opis aku kate ade. HAHA. eh eh, aku pun sampai depan opis. sementara aku bergosip ngn mak cik tu pasal member card day Sogo esok, ade lah minah ni kat opis sebelah. 

baru turun motor, bukak helmet. I was like "Mak aihh rambut kau! blonde habis weh!" tu aku ta kisah la kan. standed la wanita timur berangan jadi wanita barat. boo! aku usha je die ngn lelaki yang bawak motor tu. tah bofreng ke, husband ke, pak cik, abang aku tak tau. tapi cam biase, bersalaman each other. adat timur still ade even rambut blonde. ingat tu adik adik. tapi tak best nye, after salam dorang macam sesenyum, beborak, and then lelaki tu comolot ngn wanita tu! daaaa??? comolot kau! mumule kejap je. pastu second comolot lame jugak dalam 20 saat jugak! aku dah "ape kes ni??gua kat mane ni?mauritius island ke ape?" mak cik pak cik kat situ geleng kepale weh. tau lah rambut blonde nak blonde jiwa jugak ke kak? hadoi. sakit mate aku! malu!



kemon lah weh, ape kes kau nak comolot kat khalayak umum? bak kate omputih kan, Get a room dude! wah aku. duduk dlm room ape kau nak buat kau punye hal, kene bala pun bilik kau je kene. tak payah libatkan org lain. understand? yela, aku mmg teringin nak pegi over the sea. teringin gile! tapi tak payah buat mcm negara over the sea. bagi aku pegi dulu bleh?


Nora Nadira : Teringin nak main tulips kat over sea. Suami masa depan, bawak saya please.please.please.

18 July 2011

Perangai #2

Intership kat hotel mmg menemukan aku dgn pelbagai jenis manusia, even aku kat dlm opis je pun. HAHA. eh penah eh duty kat receptionist. client gatal, client gedik, client baik, client banyak songeh. mcm2. pastu housekeeper pun betuka tuka gak. sbb amek budak2 part time yang after SPM kan. budak laki ni tau2 lah. kejap dtg kejap tak. mcm hotel abah depa. HAHAHA. okay, aku ade member kat situ name die Anira *bukan nama sebenar. beliau cerite kat aku, perbualan die dgn sorang mamat housekeeper ni, Faizal *nama dlm ic. 

Anira: weh, ko stay sini bape lame? smpai masuk upu ke?
Faizal: tak sure lg. may be lah kot. masuk bulan september kan. lame je lg. stay lah kot.
Anira : oh bagus lah. bleh pow kau nnti dpt gaji. haha.
Faizal : haha ta payah! kau ade bf tak bleh.
Anira : ekeleh. pape reason kau. kedekut dow!
Faizal : weh bf ko sihat tak? aku rase cam penah tgk bf ko. skema skema kan.
Anira : eh hello? mane ade? sape skema? tak eh!
Faizal: haha.abis tu rambut die belah tepi?
Anira : rambut belah tepi skema ke? hello? btw, rambut die takde belah2 pun. mcm2 fesyen je aku tgk.
Faizal : slalu belah tepi tu skema.
Anira: dah kenape kau??? *blah dgn marahnye.

well, people, hello? rambut tu melambangkan kite ni manusia jenis ape ke? belah kiri ke kanan ke atas bawah ke, yang penting hati. aku suke je org baik baik ni. tak kisah belah mane rambut die. siyes tak paham ni konsep ore jate. tak payah nak compare org rambut spiky ke, back-comb ke,*ade ke ayat ni? HEHE. janji hati baik. wa saya suke je org baik baik ni. skema skema ke. sbb mereka baik dan baik dan baik. saya jahat tak pe. HAHAHAHA.


*kalau camni, gua nak je. HAHAHA



Nora Nadira : and to you, please stop giving me those flowers and chocolates and luxuries. why? because i don't need them. PLEASE.

10 July 2011

Perangai #1

Lelaki and perempuan, due2 ni kalau bab shoping mmg lain. ape lagi fashion. lain la kalau err, perempuan tu mcm pengkid lelaki dan lelaki mcm nyah perempuan. tu aku mls campur. tak paham taste dorang. HAHA. pastu perangai mcm2 hal. tapi kelakar kelakar comel *dang! comel??boo.

so today nak share different between lelaki dan perempuan ni.


P tu perempuan eh. L tu lelaki. *nampak tak manusia makin pemalas? bukan tulis, type pun malas ni. acane tuh?


*same shoes in the same red carpet okay?
  1. P ni kan, kalau nampak kasut tu, mmg pantang. pantang nampak! HAHA. pastu bile nampak ade P lain pakai, sebijik sebulat dah nak moody2. nak baling2 kasut tu. - Ahh! benci ah. ape ni same kasut dgn I menyampah I. beli lah kasut lain! *aihh mcm lah kasut tu buat utk ko sorang kan? sekadar Padini punye, pastu nak marah2 ta bleh blah. lain lah kasut Jimmy Choo! HAHA. tapi tgk L? kasut keje dorang yang hitam tu, tak pun kasut futsal tu. naik tren ke, lepak2 ke nampak other guys pakai kasut same tade hal pun? tade nak emo2 hangin2. kan? - Bro? beli mane kasut? eh ni mmg trend ni. kan? tu kasut sama! hehe. gegelak siap belanje2 minum lagi. kasut same je bukan bini same. Hello? *sambil tangan petik2. 
  2.  P ni kan kalau nk beli baju tu, eh tak nak kalah. mesti nak yang latest je. nak yang kat patung. yang baru2. kalau bleh sume kaler LUNA tu nak adoo dalam closet. dah la nak sume kaler, nak tone dari cerah ke gelap lagi. bagai. - U, I ade baju baru lagi. beli kat MARA ZARA. tak lah mahal RM599 je. tu pun discount tau? kalau tak, eh malas lah nak ckp harge die yang RM dato' 1k tu kan. pastu nampak pulak P lain pakai, terus nak buang. pijak2 baju tu. kalau ikut jiwa raga nak bakar terus! kan? pantang lah nampak org lain pakai,mcm kilang baju tu abah kau punya sorang. cube tgk L? baju melayu dorang ke, kemeja ke, t shirt ke. same kale even same corak gegaris bebunga ke, ade gua kisah der? janji gua berbaju. HAHA! kan? pattern nak same je baju L ni. tak de pulak aku penah dgr dorang complain - Baju I same dgn Abu lah! eii benci benci benci *ni kalau ade, izinkan aku lempang beliau.

*MC - aiihh ni nak salin baju ke naked? 



Oh, malam ni baru jumpe 2 je. HAHA. later aku update lagi perangai perangai ni eh. sebab esok kene masuk ofis. keje keje keje. *intern je tp mcm staff, boleh? 




Nora Nadira : I tanak pakai dah baju biru, client kate uniform ofis sbab same dgn akak ofis tu? GRR!